Seafood Lover: Semporna Holiday Resort

Monday 4 February 2013
Yes, I am! I'm a seafood lover ^^ Actually this is my 3rd time dine here but gonna be my 1st review on oh-so-yummy food in my blog. Kipas-susah-mati seafood memang sanggup berjalan jauh untuk menikmati fresh seafood!


Semporna Holiday Resort


As everyone know Semporna Holiday Resort ni lokasi shooting filem 'Duyung'..just wonder kerana itukah setiap kali masuk setiap orang dikenakan bayaran RM2? Last time pegi no such things pun? Ahh..sekarang semua benda nak guna duit.Those yang nak mandi kat sini kena bayar another RM3.



Nak money refund? Do bring this ticket while dine in. 


The things I like here were their fresh alive seafood. Pilih-Order-Sauk kat water cage. 3 simple steps :) tapi malangnya saiz ikan hari tu semua besar-besar. Tiada yang sesuai untuk dua orang makan. So, ikan stim yang dah siap-siap plan on the way sebelum sampai resort ni was cancelled :(


Lobster + Crab + Titus ready on the water cage!

Pilih & timbang ikut gram..


So here goes our menu for that day:



Titus a.k.a udang selipar hahaha..goreng garam aje :)


Spicy crab~our most fav dish that day. Super fresh! Manis!


Mix veggies ~ Plan B punya menu after kangkung goreng bawang putih not available.


Kahanga sweet & sour~ dish wajib sebab kahanga only available here!

* Kahanga: sejenis siput yang isi dia sedap macam sotong.Some people call 'siput layar'. Restoran seafood area KK memang tiada benda ni. So, ambik peluang order sesuka hati di sini :)



Udang stim halia~ kecewa betul dengan rasa udang yang over cooked & not so fresh!

5 dishes untuk me and hubs macam kenduri untuk 6-7 orang hahaha! We didnt order rice as usual. Just nak meratah lauk. So far memang kenyang. Siap tapau bawa balik kahanga yang tak habis makan :) Calories on that day totally hancur hahaha! Total untuk semua makanan tu RM94. Murah ke mahal? Rugi tak bawa tiket masuk RM2 seorang tu. Rupanya kalau makan sana dia refund balik duit tiket tu. Malas nak menapak jauh ke kereta, kami kira sedekah je dengan tuan punya kedai. 


Will I come there again? Insyaallah..ada rezeki + mengidam seafood lagi memang akan datang! ^^








Absolute Trust : Sabah Animal Medical Centre (SAMC)

Wednesday 16 January 2013
My kitten was sick! I knew exactly where to go to get her "fixed". Sabah Animal Medical Centre (SAMC) is the only best place to go!

Currently, we had 4 little beloved which we named them after few places in Korea ( all them lahir masa my family tengah in mood bercuti ke Seoul). They are Myeongdong (famous shopping street in Seoul), Hongdae (place near our guesthouse), Namsan (named after Namsan Tower) & Nami ( Naminara : a very beautiful place yang shoot drama Winter Sonata) ^^ Cool idea, huh?


My 4 little beloved at age 1 month

4 Jan 2013


While watching TV, tiba-tiba perasan Nami bernafas dengan sangat laju and I wonder if the rest pun macam tu juga tapi yang lain-lain nampak macam biasa except her. I asked my husband to look after her. She keep standing and cannot sleep well + difficult & rapid breathing. Kesian! So kami ambik keputusan untuk tengok keadaan dia esok sebelum bawa ke klinik.



5 Jan 2013


Nami's condition getting worst.Kali ni siap tercungap-cungap bernafas melalui mulut. Kebetulan husband ada final exam hari ni so kena tunggu dia balik rumah & bring Nami to the clinic only after maghrib. Since we are not really sure until what time the clinic open, we called the owner directly via his hand phone & fortunately, the clinic open until 12PM with extra charge RM50. At the moment, we don't mind with the extra charge or what so ever. Nami perlu diselamatkan!


 At the moment, we don't mind with the charge or what so ever. Nami perlu diselamatkan!

Sampai di klinik, rupanya ramai yang menunggu giliran. 'Ramai' yang sakit. Macam-macam kes~ accident, kaki terseliuh, demam, jangkitan virus etc.On night shift, only 1 doctor available. So we wait patiently. Doctor said kena buat x-ray & we bring Nami to 1st floor untuk x-ray.



Nami doing her X-Ray


After x-ray, doktor suspect Nami kena Pneumonia a.k.a paru-paru berair sebab hasil x-ray menunjukkan paru-paru Nami dipenuhi air & itu adalah punca Nami sesak nafas. That night, Nami kena beberapa injection  antibiotics & Lasix untuk keluarkan air daripada paru-paru + 'small pump' dekat dubur untuk paksa Nami berak since dah 2 hari Nami tak membuang. 



Nami after got her 'small-pump'~try harder to poo.


After that, Nami got oxygen therapy sebab dah mula tercungap-cungap bernafas dari mulut. Suhu badan Nami pun di bawah normal & doktor bantu panaskan badan Nami dengan warm water bags + OT light.  Almost 3 hours there & we finally bring her home with extra advice "Jangan biar Nami sejuk kena air-con & kipas.Make sure to keep her warm". For those treatment + x-ray + extra charge it costs RM165.


Oxygen therapy using modified mineral water because she's so tiny

Keep her warm with OT light


6 Jan 2013


Today we bring all together Myeongdong + Hongdae + Namsan (for their 1st vaccination) + Nami (for her further treatment). The 3 little 'girls' doing very well with the vaccination (cost RM30 each) + nail cutting *for free* :) while Nami need to be admitted since her condition getting serious.


Once again, the doctor (day shift) study Nami's x-ray and found out that this is not a normal Pneumonia! She explained the x-ray in easy way so that we can understand the condition. Doktor suspect Nami kena Diaphragm Hernia juga since tak nampak lapisan diaphragm pada x-ray. Bahasa mudahnya: lapisan diaphragm terkoyak disebabkan trauma pada kucing like jatuh dari tempat tinggi or someone dah tertendang atau terpijak kucing tu. We were panic and hope that Nami only having Pneumonia instead of Diaphragm Hernia. So the doctor advised us that Nami must be hospitalized for 5 days for intensive treatment  & we're agree! It will cost RM40++ a day in ward (including treatment) and another cost for food ( cost depends on how much it consume).

Doktor suspect Nami kena Diaphragm Hernia juga since tak nampak lapisan diaphragm pada x-ray. Bahasa mudahnya: lapisan diaphragm terkoyak disebabkan trauma pada kucing like jatuh dari tempat tinggi or someone dah tertendang atau terpijak kucing tu.

Tengah hari tu dapat call from the doctor that Nami need another oxygen therapy sebab condition dia agak kritikal. Lidah pun dah biru sebab kurang oksigen. That time, we was like 'bertabah' & berserah je. But really hope miracle can happen..

Her condition getting worst.

Nami was addmited to the ward.


7 Jan 2013


Nami's condition tak berubah. Masih sama macam day 1 dapat treatment. Masih difficult & rapidly breathing. Tak makan, cuma minum. Oxygen therapy masih diteruskan. Good news is dia dah mula kencing dengan banyak shows that air dalam paru-paru dia dah mula keluar. That was a good sign! 



Nami on her 'ward'. Pity her..


Another oxygen therapy for Nami



8 Jan 2013


As usual, after office hours we came to visit Nami. She looks OK with the treatment + new friends ( Uncle Becham & Uncle Oreo : we call them uncle since Nami the only kitten admitted ^^) Becham & Oreo was admitted few days earlier before Nami. Sangat manja with me! Tumpang kesian tengok kucing & anjing lain yang sakit dalam ward tu :'(

Nami dah aktif sikit & sesak nafas dah kurang walaupun masih ada. Doktor teruskan dengan Lasix supaya air dalam paru-paru Nami keluar lebih banyak. Hari ni dah boleh senyum tengok perkembangan positif Nami :)

This is Uncle Becham :)

Pantang nampak visitor, mesti minta belai :)


9 Jan 2013



Nami getting better. No more rapid breathing & no more oxygen therapy! We're glad that the treatment going very well. She start eating & poo. Very-very good sign! Nami pun dah aktif balik & when she saw us, dia terus bangun & minta dibelai macam tak sabar nak balik rumah! But wait, another day for treatment untuk pastikan Nami betul-betul habiskan 5 hari intensive treatment di SAMC.


Getting better. Dah boleh 'duduk' macam tu.



10 Jan 2013


Today is the last day of Nami's intensive treatment. She's getting better & better :) Sepatutnya ambik x-ray hari ni untuk compare dengan 1st x-ray hari tu tapi the doc said, better habiskan dulu hari ke-5 ni baru ambik x-ray semula. So we'll wait for the next day. Cant wait to bring Nami home :)


Visiting time. Nami dah aktif semula :)


11 Jan 2013


Lepas kerja bergegas ke SAMC. Doc dah ambik x-ray & alhamdulillah she's only having Pneumonia & getting better. Air kat paru-paru dah kurang and yeayy Nami discharge from ward today and my husband settle all the bills. Total up RM409!! Mula-mula budget dalam RM250+ but then end up with that ridiculous 'super-duper' costs! *pengsan sekejap* tapi tak jadi nak pengsan sebab Nami dah selamat dari critical condition. Hmm..rezeki Allah itu maha luas ^^



Best Animal Clinic in KK

If you need to find a place which will honestly care about your furry friends and treat them like their own, this is the place to go! This clinic is amazing! I am so happy I found a veterinary clinic that cares about my kitten as much as I do.I love how friendly they are every single time we visit. Their knowledge, and thorough explanations really help us pet owners understand the concern we may have. I recommended SAMC to all pet lovers out there!!    


Sabah Animal Medical Centre



Where is Sabah Animal Medical Centre?

No.4, Ground Floor,
Lorong Angsa 1,
Taman Fu Yen Phase 3,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.


Their contact number?

(O) : 088-253481
(H/P) : 019-8618348




  • My Hair Makeover:Straight to Curl~Digital Perm!

    Wednesday 26 December 2012




    CUT AND WASH

    After a few months seeking for a best hair saloon in Kota Kinabalu *bab-bab best saloon di KK ni Mr.Google memang agak lemah, ada tidak pun info dari post-post blogger few years back punya (masih x up-to-date)*, so aku gamble try buat cut and wash dulu memandangkan rambut aku memang perlukan 'latest touch'. Untuk cut and wash ni aku pilih Cuts Gallery Hair Saloon a.k.a G Cuts at Palm Square, Centre Point KK. Mula-mula masuk, first impression of the saloon was servis dia mesti mahal tapi sebenarnya customer bebas memilih harga service by trainee or by senior stylist. Harga untuk cut & wash serendah RM7 (trainee) while RM33 (senior stylist). Aku pilih senior stylist sebab kurang sikit keyakinan bagi trainee dia touch rambut aku yang julung-julung kali buat makeover ni. X nak risiko beb! Ahaaa~

    For that cut and wash, my stylist was Miss Gill. Dia memang bagus dalam bab-bab suggest hair cut style yang sesuai. Since aku cakap aku akan buat digital perm soon, so dia suggest aku buang semua layer yang ada sebab layer akan buat curl x cantik and cut my hair into U shape. Dia mention juga V shape dah out dated :)


    This is how my hair look like before the cut & wash (tapi xde colour gitu ahaks!)

    Hasil buang semua layer yang ada jadi lebih kurang macam ni (sila abaikan warna rambut tersebut).

    Lepas gunting, my stylist wash my hair. Dia tanya nak guna shampo biasa atau nak guna shampo luar biasa Loreal. Kalau nak guna shampo Loreal tu kena tambah lagi RM10. So dengan budget yang aku ada, aku guna je shampo saloon biasa tu. It was ok..ada rasa mint yang sejuk dan fresh kat kulit kepala. Since aku nak buat digital perm, my stylist tolong buatkan rambut aku curl with a blow dryer just nak bagi gambaran how it will look like if im doing the digital perm. Aku tunjuk je gambar yang macam aku nak tapi dia cakap curl yang sangat besar bergulung dan wavy tu tak permanent. Again, dia suggest style yang sesuai dengan bentuk muka aku. Ohhhh she was sooooo nice! Tu yang buat aku x fikir panjang terus booking dia untuk laksanakan impian men'digital-perm'kan rambut aku on the next day!





    Love this!!
    Aku suka curl macam ni & pic ni la yang aku tunjuk kat stylist tu.

    DIGITAL PERM

    Next day ( 24.12.12) tepat pukul 12:00 tengah hari aku dah sampai saloon (sebenarnya lewat 30 minit ahaks!). So kena tunggu lagi padan muka lambat Miss Gill gunting rambut one guy ni. Its ok, dah siap bawa novel sebagai bekalan untuk bertapa 3-4 jam nanti ^^

    Pukul 12:30 tengah hari stylist aku mulakan dengan cuci rambut aku sebab sebelum datang tu aku dah cuci rambut dan letak conditioner. Nak buat digital perm kena pastikan rambut free dari conditioner ok! Sambil cuci rambut kami chit chat pasal rambut. Bayak juga info aku dapat. Sambil menyelam minum air!

    Digital perm ni ambik masa 3 jam (estimated time) atau lebih depends on jenis rambut and mine was 4 hours! Di Cuts Gallery Hair Saloon ni semua produk diorang guna Loreal sebab tu la harga lebih mahal berbanding saloon lain tapi lebih murah daripada one of saloon yang agak well known di Centre Point tu. Untuk digital perm ni harga dia RM220 + treatment after perm RM50 (lebih murah sebab buat sekali dengan digital perm). Treatment ni bagus untuk mengelakkan rambut jadi kering selepas kena chemical & suggested untuk buat once a month. Harga treatment (single price) around RM120 just for 10 minutes! Mahal gila! Bagus beli treatment cream tu dan buat sendiri di rumah! Untuk bahagian rambut yang tak di'perm'kan, my stylist suggest buat relaxing a.k.a natural look rebonding supaya rambut tak messy and frizzy (it cost RM120) but in my case, nasib baik rambut aku virgin straight hair yang x apa-apa pun kalau x buat relaxing ni. Syukur...selamat RM120 daripada terbang heheheh..



    Tadaaaaa!! Macam ni la lebih kurang hasil curl tu (abaikan warna rambut)
    Tak sia-sia aku buat digital perm ni almost 5 hours (++treatment & hair styling)! Staff dia pun baik hati siap offer tolong belikan lunch or drink sepanjang ber'digital perm'. Nasib baik aku bawa mineral water siap-siap dalam beg. Makan dengan rambut yang tak siap? Ermm..tak la kot hahaha..lepas siap baru cari makan kat food court :)

    Lucu tengok reaction stylist aku bila aku pegi kaunter nak bayar dengan siap bertudung sama macam masa aku mula-mula jejak kaki dalam saloon. Penat-penat dia blow & buat styling bagai tapi aku end up dengan 'bungkus' balik rambut yang dah cantik tu. Hahaha its ok sebab dia x faham kewajiban seorang muslim untuk menutup aurat. Dia pelik sebab most of customer dia yang pakai tudung, bila rambut dah cantik terus keluar saloon tanpa tudung. Aku just senyum & as for me itu hak masing-masing..dah besar panjang dah boleh fikir mana yang terbaik kan?


    POST PERM / MAINTENANCE

    Lepas perm, stylist aku ajar macam mana nak guna hair mousse & serum. Dua-dua product ni untuk maintainkan curl yang dah berjam-jam dibuat dengan harga mahal tadi *dalam kepala dah berkira-kira $$$ yang bakal melayang*. Dia suggest juga gunakan shampo yang sesuai untuk kekalkan volume pada rambut.

    1. Purelogy Pure Volume Shampoo & Conditioner

    Rangkaian shampo & perapi daripada botani 100% halal disyorkan untuk mengekalkan volume pada rambut. Sesuai juga untuk rambut berwarna, halus dan sangat kering. Kat saloon tu hanya ada stok 1L dan harga dia RM270 each. Stylist kata guna sikit je & buih dia banyak. So boleh pakai up to 5 month (depends on cara penggunaan masing-masing). *** Yang ni aku hold dulu sebab dah terlebih budget hehehe. Nak try cari kat kedai retail yang jual Loreal product. Will seek at Wisma Merdeka nanti ^^



    Shampo & Conditioner Untuk Kekalkan Volume Rambut Curl 



    2. Mythic Oil Colour Glow Oil (125ml)

    'Minyak Ajaib' daripada Loreal yang memberikan hasil berkilau pada rambut. Terdapat dalam 4 jenis untuk pelbagai jenis rambut. Since untuk colour-treated hair (pun sesuai untuk curly hair) ni je dia bagi, so aku tepek la Colour Glow Oil ni. Boleh digunakan semasa rambut kering atau towel dried hair. Letak minyak ni kat hujung rambut yang curl tu dan ramas-ramaskan dengan penuh semangat untuk elakkan rambut jadi kering dan rosak. Rambut bahagian atas yang lurus natural pun boleh letak untuk elakkan frizzy hair. Untuk rambut yang halus dan nipis macam aku, stylist tak bagi letak kat akar rambut sebab takut rambut cepat rosak. It smells nice too. Sangat suka! Tips lain: Guna lepas letak mousse (kalau nak pakai mousse). Harga Rm76 sebotol jual kat saloon yang sama.***Wajib beli sebab curl hair cenderung untuk kering!



    Mythic Oil Colour Glow Oil~penyelamat rambut kering & frizzy.


    3. Loreal Texture Expert Bounce Whip Mousse

    Mousse yang stylist aku syorkan untuk maintainkan volume and bounce for lasting support with a silky touch. This product contain pearl protein repair and reinforce sensitized hair fibre. Mousse ni sangat best sebab dia tak buat rambut keras kejung macam mousse yang biasa tu. Hasil dia rambut akan berombak cantik, lembut, bersinar dan paling penting nampak natural volume dan tiada kesan melekit. Guna mousse ni selepas towel-dried rambut pada bahagian curl sahaja. Ramas-ramaskan aje kat curly hair tu. Harga sebotol 200ml ialah RM58. *** Mousse ni pun aku beli kat saloon tu. Aku beli sebab suka dengan effect natural volume kat rambut :)



    Super nice mousse. Wajib beli kalau nak  effect volume natural!


    4. Loreal Professionnel Serie Expert Absolut Repair Masque (200ml)

    Hair treatment yang aku buat tu guna Absolut Repair Masque ni. Stylist suggest aku buat treatment ni at least once a month so that my hair will be left feeling incredibly soft and shiny. Teruja kan dengar hasilnya? Hahaha teruja juga $$$ dalam poket berterbangan keluar! Treatment ni boleh restores moisture to hair that has been damaged by chemical treatment or styling termasuklah rambut yang dah diwarnakan dan rambut yang dah rosak sebab guna banyak heat styling without adequate protection. Cara nak guna senang je. After shampooing, lightly towel-dry your hair and apply small amount of masque and massage into your hair. Biarkan dalam 10 minit je dan bilas. Harga untuk 200ml ni dalam RM210+..Berbaloikan beli sendiri daripada sekali buat treatment ni kat saloon dengan harga RM120!***Hair masque ni dah aku masukkan dalam list untuk dibeli bulan depan hahaha & aku akan usha juga kat kedai jual retail saloon product tu nanti ^^



    Treatment masque untuk repair rambut lepas buat digital perm.



    ANOTHER TIPS:
    1. Sebelum buat digital perm, servay dulu saloon yang menawarkan servis yang bagus. Tanya produk yang digunakan, siapa yang akan buat dan harga. Review dari orang lain tentang saloon pun penting :)

    2. Digital perm hanya sesuai untuk rambut yang panjang melepasi bahu. Rambut pendek kena buat perm yang biasa. Lagi tebal rambut, lagi cantik hasilnya.

    3. Buang semua layer pada rambut sebab curl jadi tak cantik dan nampak macam putus-putus. So, kena gunting rambut untuk dapatkan shape rambut yang sesuai dengan bentuk muka & make sure semua layer dah dibuang.

    4.Jangan cuci rambut selama 3 hari selepas buat digital perm nanti curl tak berapa nak jadi. Jangan risau tentang bau chemical yang kuat sebab latest chemical untuk digital perm ni tak bau kuat macam perm dulu-dulu kala tu :)

    5. Lepas curl, tak payah guna sikat rambut. Biar je rambut bervolume dengan seksinya sendiri hahaha (itu ayat stylist i ye)! Tapi kalau nak juga sikat rambut, boleh guna sikat rambut yang bergigi jarang.

    6. Jangan tarik curl ke bawah walaupun dengan jari sebab nanti curl akan cepat loose. So kalau nak letak mousse or serum, ramas-ramas hujung rambut je dah cukup. Stylist aku pesan untuk selalu curlkan rambut dengan tangan (pintal-pintalkan je rambut sampai hujung) dan blow dry. Hasilnya curl tu akan elok je cantik terletak.

    So, thats all for my hair make-over story. Will i go to the same saloon next time? Yeah..and recommended for digital perm too ^^













    Swimming~kegilaan terbaru aku!

    Tuesday 27 March 2012


    Dalam sibuk kerja & menyiapkan thesis & buat assignment & study untuk test (brp byk & laaa..) aku sebenarnya consious juga dengan fizikal yg semakin membesar bagai johan!**honestly, stress! So i need to think one activity which can help me kelihatan lebih ramping reduce those kilos & in the same time sihat & bertenaga. Selepas diusha2 dgn sorang kawan, aku pilih untuk berenang! (yesszzz swim! swim like a dolphin ngeeee).. but wait! i cant swim..i dont know how to swim. Setakat main2 air kat kolam yang cetek & sekali dua ber'snorkling' di pulau tu boleh la aku anggap sbg 'swimming' hehehe..pity me :(

    So the very 1st step, usha swimming class di area KK ni. Semua aku tanya Mr Google & i found one :)
    Kebetulan dia baru buka kelas this month & yuran agak munasabah.Yang mengajar pun perempuan..so senang sikit.X la juga segan.Alhamdulillah!

    2nd steps: Sekali lagi i need to think my swimming buddy..ada kawan baru la semangat & fun.For that, calon yang paling sesuai aku heret dalam kancah kegilaan terbaru aku ni ialah encik suami! Hahahah! What to do..my bff pun semua mmg dah pandai (nasib x join olympic je heheheh) dan encik suami bersetuju tapi kena cari masa yang sesuai memandangkan kami masing2 bekerja jauh dan kelas part time every weekend wajib attend. Ok kot..swimming class ni pun once a week aje :) but since dia bagi pass masuk sebulan kat water world, kita blasah la main air puas2 ngeeeee ^^

    3rd steps: Servay a.k.a usha baju renang.Baju renang muslimah adalah wajib ye! Tak kuasa nak dedah sana sini ye cik kak. Ada la juga cuci2 mata di kedai sukan tapi harga..makaihhh sampai RM400! Harga dah macam nak buat kain kawin! I said NO..then minta bantuan Mr Google, jumpa la beberapa pattern yang comel & harga pun boleh tahan.Kat Malaysia ni design agak terhad & mahal sikit berbanding Indonesia. Aku suka yang simple tapi comel..x nak yang meriah2 sgt.Yang penting tutup aurat & x nak yang slim fit.Baru nak belajar tapi lebih gaya je kat kolam tu..eh x nak laa! So ni antara yg berkenan di hati:


    cantik tapi cutting slim fit..so aku reject! tihihih..

    Colour yang comel & sesuai utk si perut buncit hahaha!I loike~


    All black mcm ni pun aku suka sbb sesuai  untuk  yg berisi  mcm aku :)





    4th steps: Kena decide masa yang betul2 ngam ambik klas ni (mayb bln jun la kot sbb masa tu dah abis exam) & kena mula asingkan duit untuk bayar yuran swimming class ni nanti. Dah confirn, baru la pikir nak beli goggle & swimming cap bagai tu.yahh! penuh bersemangat nih hehehe..

    5th steps: Teruskan berangan akan jadi great good swimmer ^^

    Berangan jadi mcm ni. Eh mcm cantik lak kaler cap dia kan?




    Custom made rubber stamps

    Thursday 22 March 2012
    Idea untuk design & memiliki custom made rubber stamp ni memang dah lama ada dalam kepala tapi masih belum dizahirkan lagi memandangkan tesis aku berlambak tak siap-siap **stress dowh! So hari ni sempat mencuri-curi masa check Mr Google apa design yang look nice & cute yang bleh letak nama sendiri.

    Ada gak yang simple mcm ni:

            Custom Address  Stamp 11 - Heart Girl - Mounted Clear  Polymer


    Teringat jugak satu ketika dulu sorang awek ni tersangatlah creative buat handmade rubber stamps.Baru terfikir kengkonon nak meng'oder' sebijik sebagai permulaan tapi hampa sebab her personalized hand carved stamps no longer available..sungguh hampa :(

    Kat bawah ni beberapa hasil yang cik kulit manggis buat.Banyak lagi yang comel2 tp hmmm..kena cari tempat lain yang bleh buat mcm ni la nampknya..Ada masa, mau google2 lagik ^^


    Teringin nak buat macam ni..eh tp ni more on wedding design..

     
                                                               Comel kan?








    Meet My Very 1st Entry..

    Yeah..at last! My not-so-called blog telah muncul. Ringankan jugak jari jemari ni sign up as a blogger. Niat berhabuk sudah dalam jiwa tapi x pernah ada masa untuk berblog bagai ni.

    Apa yang ada dalam my very 1st entry ni? Just a fews 'wellcome' words for my self i think! Ngehehehe..wait till i have time untuk menulis a.k.a menaip lagi..

    Till then..adiosss!!