My Hair Makeover:Straight to Curl~Digital Perm!

Wednesday 26 December 2012




CUT AND WASH

After a few months seeking for a best hair saloon in Kota Kinabalu *bab-bab best saloon di KK ni Mr.Google memang agak lemah, ada tidak pun info dari post-post blogger few years back punya (masih x up-to-date)*, so aku gamble try buat cut and wash dulu memandangkan rambut aku memang perlukan 'latest touch'. Untuk cut and wash ni aku pilih Cuts Gallery Hair Saloon a.k.a G Cuts at Palm Square, Centre Point KK. Mula-mula masuk, first impression of the saloon was servis dia mesti mahal tapi sebenarnya customer bebas memilih harga service by trainee or by senior stylist. Harga untuk cut & wash serendah RM7 (trainee) while RM33 (senior stylist). Aku pilih senior stylist sebab kurang sikit keyakinan bagi trainee dia touch rambut aku yang julung-julung kali buat makeover ni. X nak risiko beb! Ahaaa~

For that cut and wash, my stylist was Miss Gill. Dia memang bagus dalam bab-bab suggest hair cut style yang sesuai. Since aku cakap aku akan buat digital perm soon, so dia suggest aku buang semua layer yang ada sebab layer akan buat curl x cantik and cut my hair into U shape. Dia mention juga V shape dah out dated :)


This is how my hair look like before the cut & wash (tapi xde colour gitu ahaks!)

Hasil buang semua layer yang ada jadi lebih kurang macam ni (sila abaikan warna rambut tersebut).

Lepas gunting, my stylist wash my hair. Dia tanya nak guna shampo biasa atau nak guna shampo luar biasa Loreal. Kalau nak guna shampo Loreal tu kena tambah lagi RM10. So dengan budget yang aku ada, aku guna je shampo saloon biasa tu. It was ok..ada rasa mint yang sejuk dan fresh kat kulit kepala. Since aku nak buat digital perm, my stylist tolong buatkan rambut aku curl with a blow dryer just nak bagi gambaran how it will look like if im doing the digital perm. Aku tunjuk je gambar yang macam aku nak tapi dia cakap curl yang sangat besar bergulung dan wavy tu tak permanent. Again, dia suggest style yang sesuai dengan bentuk muka aku. Ohhhh she was sooooo nice! Tu yang buat aku x fikir panjang terus booking dia untuk laksanakan impian men'digital-perm'kan rambut aku on the next day!





Love this!!
Aku suka curl macam ni & pic ni la yang aku tunjuk kat stylist tu.

DIGITAL PERM

Next day ( 24.12.12) tepat pukul 12:00 tengah hari aku dah sampai saloon (sebenarnya lewat 30 minit ahaks!). So kena tunggu lagi padan muka lambat Miss Gill gunting rambut one guy ni. Its ok, dah siap bawa novel sebagai bekalan untuk bertapa 3-4 jam nanti ^^

Pukul 12:30 tengah hari stylist aku mulakan dengan cuci rambut aku sebab sebelum datang tu aku dah cuci rambut dan letak conditioner. Nak buat digital perm kena pastikan rambut free dari conditioner ok! Sambil cuci rambut kami chit chat pasal rambut. Bayak juga info aku dapat. Sambil menyelam minum air!

Digital perm ni ambik masa 3 jam (estimated time) atau lebih depends on jenis rambut and mine was 4 hours! Di Cuts Gallery Hair Saloon ni semua produk diorang guna Loreal sebab tu la harga lebih mahal berbanding saloon lain tapi lebih murah daripada one of saloon yang agak well known di Centre Point tu. Untuk digital perm ni harga dia RM220 + treatment after perm RM50 (lebih murah sebab buat sekali dengan digital perm). Treatment ni bagus untuk mengelakkan rambut jadi kering selepas kena chemical & suggested untuk buat once a month. Harga treatment (single price) around RM120 just for 10 minutes! Mahal gila! Bagus beli treatment cream tu dan buat sendiri di rumah! Untuk bahagian rambut yang tak di'perm'kan, my stylist suggest buat relaxing a.k.a natural look rebonding supaya rambut tak messy and frizzy (it cost RM120) but in my case, nasib baik rambut aku virgin straight hair yang x apa-apa pun kalau x buat relaxing ni. Syukur...selamat RM120 daripada terbang heheheh..



Tadaaaaa!! Macam ni la lebih kurang hasil curl tu (abaikan warna rambut)
Tak sia-sia aku buat digital perm ni almost 5 hours (++treatment & hair styling)! Staff dia pun baik hati siap offer tolong belikan lunch or drink sepanjang ber'digital perm'. Nasib baik aku bawa mineral water siap-siap dalam beg. Makan dengan rambut yang tak siap? Ermm..tak la kot hahaha..lepas siap baru cari makan kat food court :)

Lucu tengok reaction stylist aku bila aku pegi kaunter nak bayar dengan siap bertudung sama macam masa aku mula-mula jejak kaki dalam saloon. Penat-penat dia blow & buat styling bagai tapi aku end up dengan 'bungkus' balik rambut yang dah cantik tu. Hahaha its ok sebab dia x faham kewajiban seorang muslim untuk menutup aurat. Dia pelik sebab most of customer dia yang pakai tudung, bila rambut dah cantik terus keluar saloon tanpa tudung. Aku just senyum & as for me itu hak masing-masing..dah besar panjang dah boleh fikir mana yang terbaik kan?


POST PERM / MAINTENANCE

Lepas perm, stylist aku ajar macam mana nak guna hair mousse & serum. Dua-dua product ni untuk maintainkan curl yang dah berjam-jam dibuat dengan harga mahal tadi *dalam kepala dah berkira-kira $$$ yang bakal melayang*. Dia suggest juga gunakan shampo yang sesuai untuk kekalkan volume pada rambut.

1. Purelogy Pure Volume Shampoo & Conditioner

Rangkaian shampo & perapi daripada botani 100% halal disyorkan untuk mengekalkan volume pada rambut. Sesuai juga untuk rambut berwarna, halus dan sangat kering. Kat saloon tu hanya ada stok 1L dan harga dia RM270 each. Stylist kata guna sikit je & buih dia banyak. So boleh pakai up to 5 month (depends on cara penggunaan masing-masing). *** Yang ni aku hold dulu sebab dah terlebih budget hehehe. Nak try cari kat kedai retail yang jual Loreal product. Will seek at Wisma Merdeka nanti ^^



Shampo & Conditioner Untuk Kekalkan Volume Rambut Curl 



2. Mythic Oil Colour Glow Oil (125ml)

'Minyak Ajaib' daripada Loreal yang memberikan hasil berkilau pada rambut. Terdapat dalam 4 jenis untuk pelbagai jenis rambut. Since untuk colour-treated hair (pun sesuai untuk curly hair) ni je dia bagi, so aku tepek la Colour Glow Oil ni. Boleh digunakan semasa rambut kering atau towel dried hair. Letak minyak ni kat hujung rambut yang curl tu dan ramas-ramaskan dengan penuh semangat untuk elakkan rambut jadi kering dan rosak. Rambut bahagian atas yang lurus natural pun boleh letak untuk elakkan frizzy hair. Untuk rambut yang halus dan nipis macam aku, stylist tak bagi letak kat akar rambut sebab takut rambut cepat rosak. It smells nice too. Sangat suka! Tips lain: Guna lepas letak mousse (kalau nak pakai mousse). Harga Rm76 sebotol jual kat saloon yang sama.***Wajib beli sebab curl hair cenderung untuk kering!



Mythic Oil Colour Glow Oil~penyelamat rambut kering & frizzy.


3. Loreal Texture Expert Bounce Whip Mousse

Mousse yang stylist aku syorkan untuk maintainkan volume and bounce for lasting support with a silky touch. This product contain pearl protein repair and reinforce sensitized hair fibre. Mousse ni sangat best sebab dia tak buat rambut keras kejung macam mousse yang biasa tu. Hasil dia rambut akan berombak cantik, lembut, bersinar dan paling penting nampak natural volume dan tiada kesan melekit. Guna mousse ni selepas towel-dried rambut pada bahagian curl sahaja. Ramas-ramaskan aje kat curly hair tu. Harga sebotol 200ml ialah RM58. *** Mousse ni pun aku beli kat saloon tu. Aku beli sebab suka dengan effect natural volume kat rambut :)



Super nice mousse. Wajib beli kalau nak  effect volume natural!


4. Loreal Professionnel Serie Expert Absolut Repair Masque (200ml)

Hair treatment yang aku buat tu guna Absolut Repair Masque ni. Stylist suggest aku buat treatment ni at least once a month so that my hair will be left feeling incredibly soft and shiny. Teruja kan dengar hasilnya? Hahaha teruja juga $$$ dalam poket berterbangan keluar! Treatment ni boleh restores moisture to hair that has been damaged by chemical treatment or styling termasuklah rambut yang dah diwarnakan dan rambut yang dah rosak sebab guna banyak heat styling without adequate protection. Cara nak guna senang je. After shampooing, lightly towel-dry your hair and apply small amount of masque and massage into your hair. Biarkan dalam 10 minit je dan bilas. Harga untuk 200ml ni dalam RM210+..Berbaloikan beli sendiri daripada sekali buat treatment ni kat saloon dengan harga RM120!***Hair masque ni dah aku masukkan dalam list untuk dibeli bulan depan hahaha & aku akan usha juga kat kedai jual retail saloon product tu nanti ^^



Treatment masque untuk repair rambut lepas buat digital perm.



ANOTHER TIPS:
1. Sebelum buat digital perm, servay dulu saloon yang menawarkan servis yang bagus. Tanya produk yang digunakan, siapa yang akan buat dan harga. Review dari orang lain tentang saloon pun penting :)

2. Digital perm hanya sesuai untuk rambut yang panjang melepasi bahu. Rambut pendek kena buat perm yang biasa. Lagi tebal rambut, lagi cantik hasilnya.

3. Buang semua layer pada rambut sebab curl jadi tak cantik dan nampak macam putus-putus. So, kena gunting rambut untuk dapatkan shape rambut yang sesuai dengan bentuk muka & make sure semua layer dah dibuang.

4.Jangan cuci rambut selama 3 hari selepas buat digital perm nanti curl tak berapa nak jadi. Jangan risau tentang bau chemical yang kuat sebab latest chemical untuk digital perm ni tak bau kuat macam perm dulu-dulu kala tu :)

5. Lepas curl, tak payah guna sikat rambut. Biar je rambut bervolume dengan seksinya sendiri hahaha (itu ayat stylist i ye)! Tapi kalau nak juga sikat rambut, boleh guna sikat rambut yang bergigi jarang.

6. Jangan tarik curl ke bawah walaupun dengan jari sebab nanti curl akan cepat loose. So kalau nak letak mousse or serum, ramas-ramas hujung rambut je dah cukup. Stylist aku pesan untuk selalu curlkan rambut dengan tangan (pintal-pintalkan je rambut sampai hujung) dan blow dry. Hasilnya curl tu akan elok je cantik terletak.

So, thats all for my hair make-over story. Will i go to the same saloon next time? Yeah..and recommended for digital perm too ^^